Artinya:
"Ya Allah, limpahkanlah shalawat atas junjunan kami, Muhammad, dengan
suatu shalawat yang menye-babkan kami selamat dari semua ketakutan dan
malapetaka, yang menyebabkan Engkau menunaikan semua hajat kami, yang
menyebabkan Engkau me-nyucikan kami dari semua kejahatan, yang
menyebabkan Engkau mengangkat kami ke derajat yang tinggi di sisi-Mu,
dan yang menyebabkan Engkau menyampaian semua cita-cita kami berupa
kebaikan-kebaikan dunia dan akhirat."
Penjelasan:
Shalawat
di atas disebutkan di dalam kitab Dalâ'il. Dalam syarah kitab tersebut
disebutkan riwayat dari Hasan bin 'Ali Al-Aswânî. Ia berkata,
"Barangsiapa yang membaca shalawat ini dalarn setiap perkara penting
atau bencana sebanyak seribu kali, niscaya Allah akan melepaskan bencana
itu darinya, dan menyampaikan apa yang diinginkannya."
Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani :
Telah
dikutip dari Al-Hasan bin ‘Ali Al-Aswani di dalam komentar Ad-Dalail
(penjelasan atau komentar dalam kandungan kitab kumpulan solawat yang
berjudul Dalailul Khairat), bahwa beliau telah berkata, "Siapa yang
membaca solawat ini sebanyak seribu kali ketika tertimpa kesulitan dan
musibah, Allah akan melapangkan [perkara itu] darinya dan akan
menyampaikan hajatnya."
Dan telah diriwayatkan dari Ibn
Al-Fakihani , dari Asy-Syaikh As-Solih Musa Ad-Darir , dan beliau telah
berkata: Aku pernah berlayar di sebuah laut. Tiba-tiba angin (angin
taufan) telah melanda atas kami. Sedikit manusia yang dapat selamat dari
tenggelam dan banyak orang telah menjerit-jerit didalam ketakutan.
Tiba-tiba aku merasa mengantuk dan aku telah tertidur. Aku telah melihat
An-Nabi di dalam mimpi dan Baginda telah berkata, "Katakanlah kepada
para penumpang kapal ini agar mereka mengucapkan sebanyak seribu kali,
"Wahai Allah, limpahkanlah solawat ke atas penghulu kami Muhammad, dan
juga ke atas keluarga penghulu kami Muhammad, solawat yang dengannya
kami diselamatkan . . . sehingga . . . setelah kami mati. "
Setelah
terjaga dari tidur dan aku memberitahu para penumpang tentang mimpiku
itu, dan kami pun bersolawat dengannya (dengan ungkapan solawat yang
telah diterima di dalam mimpi itu) lebih kurang tiga ratus kali. Allah
melapangkan kami daripada keadaan yangmencemaskan itu.
Dan telah
berkata As-Saiyid Muhammad Afandi `Abidin di dalam catatan beliau
(penjelasannya) bahawa Al-`Allamah Al-Musnid Ahmad Al-‘Attor telah
menyebutnya sebagai Solawat Al-Munjiyyah, dan beliau telah berkata pada
bagian akhirnya:
Telah menambah Al-`Arif Al-Akbar dengan kata-kata:
Wahai Yang Paling Penyayang daripada segala yang bersifat penyayang,
wahai Allah.
Beliau telah berkata: Telah berkata sebagian
masyayikh: Siapa yang mengucapkannya sebanyak seribu kali ketika ada
kesulitan atau ketika turunnya musibah, Allah akan melapangkan perkara
itu darinya dan akan rnenyampaikan hajatnya. Dan siapa yang memperbanyak
membacanya pada waktu datang penyakit ta'un [sedang menular],akan
diamankan darinya. Dan siapa yang memperbanyak membacanya ketika
berlayar dilaut, akan diamankan dari tenggelam. Dan siapa yang
membacanya sebanyak lima ratus kali, akan disampaikan apa yang dia
inginkan di dalam hal menarik rezeki dan kekayaan, insya - Allah Ta’ala,
dan ia adalah sesuatu yang benar-benar mujarab pada semua perkara itu.
Dan Allah Ta’ala jua yang lebih mengetahui.
Dan telah menyebut
Asy-Syaikh As-Sowi kurang lebih sama di dalam komentar mengenai Wird
Ad-Dardir (wirid-wirid yang telah digubah oleh Asy-syaikh Ahmad seorang
guru bagi At-Toriqah Al-Khalwatiyyah, yang amat terkenal di negara Mesir
pada zamannya) yang telah mengutip dari As-Samhudi dan Al-Malawi .
Dan
telah berkata Asy-Syaikh Al-‘Arif Muhammad Haqqi Afandi An-Nazili di
dalam kitabnya Khazinah Al-Asror : Ketahuilah bahwa solawat-solawat itu
dibahagikan kepada empat ribu jenis, dan pada satu riwayat yang lain,
dua belas ribu. Setiap satu darinya telah dipilih oleh satu jamaah dari
ahli Timur dan Barat, sesuai dengan apa yang telah mereka temui di dalam
menjalin ikatan rohani di antara mereka dengan Baginda dan dari apa
yang mereka fahami padanya dari hal keistimewaan-keistimewaan dan
manfaat-manfaat, dan apa yang telah mereka temui padanya dari hal
rahasia-rahasia, yang setengahnya telah menjadi masyhur melalui ujikaji
dan melalui penyaksian di dalam mendapatkan kelepasan daripada segala
kesempitan dan pencapaian hasrat, seperti Solawat Al-Munjiyyah ini.
Dan
beliau telah menyebutkan bentuk ungkapan itu. Kemudian, beliau telah
berkata: Dan yang lebih utama ialah dia mengucapkan, "Wahai Allah,
limpahkanlah solawat atas penghulu kami Muhammad dan atas keluarga
penghulu kami Muhammad. Solawat yang dengannya kami diselamatkan . . ."
sehingga ke akhirnya, kerana apa yang telah dikatakan oleh Baginda ,
"Apabila engkau sekalian bersolawat ke atasku, jadikanlah ia umum (tidak
dikhaskan untuk diri Baginda seorang, tetapi juga mencakupi ahli
keluarga Baginda ).
Dan kesannya, dengan diikut sertakan keluarga
Baginda itu, adalah lebih lengkap, dan lebih umum, dan lebih banyak
pahala dan manfaatnya dan lebih cepat untuk dimakbulkan. Begitulah yang
telah diwasiatkan kepadaku dan yang telah diijazahkan kepadaku oleh
sesetengah masyaikh.
Dan Asy-Syaikh al-Akhbar juga telah
menyebutnya dengan disertakan sebutan ahli keluarga Baginda itu, dan
beliau telah berkata bahwa ia adalah satu perbendaharaan dari segala
perbendaharaan Al-'Arsy (singgahsana Allah). Sesungguhnya, siapa yang
berdoa dengannya sebanyak seribu kali pada tengah malam untuk hajat,
hajat dunia atau hajat akhirat, Allah Ta`ala akan menunaikan hajatnya.
Sesungguhnya Ia (pengabulan bagi solawat ini) adalah lebih cepat
daripada kilauan kilat, dan ia adalah eliksir yang agung dan penawar
yang besar (sangat mujarab). Dan tiada dapat tiada, hendaklah ia
disembunyikan dan ditutupkan daripada yang bukan ahlinya.
Demikianlah
sebagaimana ia telah disebutkan di dalam Sirr Al-Asror, dan demikianlah
juga sebagaimana yang telah disebutkan oleh Asy-Syaikh Al-Buni dan
Al-Imam Al-Jazuli mengenai keistimewaan-keistimewaan Solawat Al-
Munjiyyah dan juga penerangan rahasia-rahasianya. Dan hendaklah engkau
meninggalkannya (tidak menceritakan keistimewaan-keistimewaan dan
rahasia-rahasia ini kepada orang-orang yang fasik) agar tidak terjatuh
ke tangan orang-orang yang jahil. Dan semoga isyarat ini sudah mencukupi
untukmu.
(Sumber kitab Afdholus Sholawatu 'ala sayyida saddah karangan Asy-Syeikh Yusuf ibn Isma’il An-Nabhani)